Khamis, 3 April 2014

MIGRAIN


Apakah yang perlu anda tahu tentang migrain dan tanda-tanda amarannya? 

Migrain ialah sakit pada sebahagian kepala yang mungkin boleh pulih selepas beberapa jam atau berlarutan selama beberapa hari. Sesetengah pesakit mungkin mengalaminya setiap minggu dan mungkin beberapa kali sahaja dalam setahun. Migrain selalunya dihidapi pada peringkat umur empat puluhan dan boleh diklasifikasikan migrain jenis klasik atau migrain jenis biasa.

Anda dapat mengetahui yang anda akan diserang migrain sebelum sakit kepala itu bermula. Tanda-tanda amaran serangan migrain ialah rasa mual, muntah dan kepekaan terhadap cahaya, bunyi bising atau bau-bauan. Migrain jenis klasik bermula dengan tanda amaran seperti kilauan cahaya atau warna. Anda mungkin terasa yang anda seperti sedang melihat ke dalam terowong. Sebahagian kepala anda mungkin akan terasa seperti dicucuk, panas atau lemah. Tanda-tanda amaran ini akan berlarutan selama 15 hingga 30 minit dan diikuti oleh sakit pada bahagian kepala.

Migrain jenis biasa tidak mempunyai sebarang tanda-tanda amaran. Bagaimanapun, anda mungkin akan berasa letih, murung, tidak selesa atau akan menjadi lebih banyak bercakap 2 hingga 3 hari sebelum sakit kepala itu bermula.

Apakah yang menyebabkan migrain?


Migrain bermula apabila salur darah di dalam otak mengecil (mengecut) untuk seketika. Apabila ini berlaku, jumlah darah dan oksigen yang mengalir ke dalam otak akan berkurangan.

Seterusnya, ini akan menyebabkan salur darah yang lain membesar (mengembang) dan apabila salur darah mengembang, ia akan mengalami radang, denyutan dan kesakitan amat nyata. Migrain ialah sejenis sakit kepala vascular kerana ia melibatkan perubahahan atas salur darah.

Para ahli sains percaya bahawa mereka yang mengalami migrain mewarisi kecenderungan sistem saraf untuk bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap perubahan dalam tubuh dan persekitaran mereka. Beberapa perkara lain juga mungkin akan mencetuskan kesan tindak balas pada sistem saraf seseorang dan seterusnya mengakibatkan serangan migrain.

Antara penyebab migrain adalah:-
  • Tekanan dan gangguan emosi
  • Kedatangan haid (mengalami PMS) 
  • Pemakanan yang tidak teratur
  • Pengambilan minuman yang mengandungi tahap kafeina yang tinggi (seperti minuman kola)
  • Makanan (seperti keju, coklat, ais krim, makanan bergoreng, daging dalam tin, hot dog, yogurt, pemanis tiruan, kacang, jeruk dan kismis)
  • Kurang tidur
  • Perubahan cuaca

Bagaimanakah cara untuk menghalang migrain? 

(i) Patuhi arahan doktor anda dan makan ubat mengikut arahan

(ii) Mengamalkan pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat

(iii)Cuba mengambil makanan kesihatan tambahan

(vi) Bebaskan diri daripada tekanan dan belajar menenangkan diri

(vi) Sentiasa bersenam

Lebih banyak yang anda ketahui mengenai migrain, lebih mampu anda mengatasi dari serangannya.

CADANGAN SET IBU MENGANDUNG (PAKEJ BUDGET)

Assalamualaikum ... :)

Setiap orang ada kemampuan yang tersendiri. Begitu juga saya. Oleh sebab itu, saya membuat cadangan yang ringan untuk membantu mereka (ibu mengandung) yang memerlukan vitamin bagi kandungan mereka sekiranya mereka tidak mempunyai budget yang mencukupi untuk mengambil semua set lengkap seperti yang dicadangkan.
          Tiada masalah. Ambil pakej yang paling kecil pun tak ape, yang penting...sayang-sayang semua ada keinginan untuk miliki tubuh badan yang sihat dan membentuk bayi yang sihat walau masih di dalam kandungan. InsyaAllah... :)

VITAMIN : OSTEMATRIX

Kepentingan Dan Kelebihan Kalsium Shaklee (Ostematrix)


Anda tentu biasa dengar berkenaan kalsium kan? Rasanya jarang yang tidak tahu pasal kalsium kerana hari-hari kita dihidangkan dengan iklan susu. Semua sedia maklum yang susu mengandungi kalsium. Tahukah kita betapa peningnya kalsium? Kepentingan utama kalsium sudah tentu untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Beberapa fakta menarik lain tentang kalsium (ostematrix) saya petik dari web Shaklee.
















Selain dari untuk tulang dan gigi, kalsium berfungsi untuk:
1. Mengekalkan tekanan darah yang normal.
2.Membantu pengecutan otot dan saraf
3.Membantu mengurangkan sindrom PMS seperti kekejangan, kembung, moody. 
Amat sesuai bagi wanita yang selalu berhadapan masalah bila didatangi haid.

Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?

KALSIUM
250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium 
setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila
diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali 
pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji
diambil setiap pengambilan. Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.
Bukannya ketika perut kosong.


VITAMIN D
Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D,
 badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol'(dikenali sebangai Vitamin D aktif). 
Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang 
mana akan melemahkan tulang-tulang kita.

Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis. Golongan 
yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah:

1. Ibu menyusu, mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. Merka yang mengalami kekejangan otot

inilah masanya untuk hadiahkan kepada yang tersayang! Duit bukan ukuran jika dibandingkan
dengan kesihatan sepanjang hayat.

Sebab itu amat digalakkan Ostematrix diambil sebelum tidur, di mana keesokan harinya, anda akan berasa lebih cergas, tidak lagi lenguh2 badan atau keletihan..

Hanya yang terbaik daripada alam :)


PM/SMS/WhatsApp : 0192448367


******************************************************************

APAKAH KANDUNGAN OSTEMATRIX?
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Ostematrix ni merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan. Untuk kesan terbaik, anda disarankan untuk ambil 4 biji sehari beserta makanan.

Pengambilan hanya 2 tablet Ostematrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.

APA BEZANYA OSTEMATRIX DENGAN PIL KALSIUM LAIN DI PASARAN?

Ostematrix dilengkapi dengan unsur kalsium, magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium sahaja tidak mencukupi. Tahukah anda bahawa Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.**

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.

Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.

Jom dapatkan OsteMatrix anda hari ini!

PM/SMS/WhatsAppp : 019-2448367

CADANGAN SET IBU MENGANDUNG..


B-COMPLEX
Mengandungi asid folik yang penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala. 

VITAMIN C
Membantu Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi. 

OSTEMATRIX
Merupakan sumber kalsium yang pentinh untuk pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

VITA-LEA
Demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. Pengambilan vitalea@multivitamin shaklee secara konsisten membantu menstabilkan bacaan HB darah ibu yang hamil.


OMEGA GUARD
Mengandungi DHA yang membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke 4 kehamilan iaitu bermulanya trimester kedua.

PENYAKIT KENCING MANIS / DIABETES & HIPOGLISEMIA


Kencing Manis

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.


Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada:

Diabetes Primer
Jenis I (IDDM) 
Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin. 

Jenis II (NIDDM) 

Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin. 

Diabetes Sekunder
Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.

Simptom / Gejala
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
v Kerap membuang air kencing
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur


***Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Rawatan
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.

Pemakanan
Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja.
v Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan. Pesakit tidak
     patut tertinggal masa makan.
v Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi, oat, biskut kraker yang
     tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus diambil.
v Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah diproses, coklat dan
     madu harus dielakkan.
v Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana peningkatan pengambilan lemak
    akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung. Elakkan daripada menggoreng makanan, sebaliknya,     pangganglah makanan anda.
v Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan makanan seperti kerepek dan
     kacang tanah.
v Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah seimbang dan
    kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk memastikan terdapat beban glukosa
    yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.
v Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang normal.
v Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana alkohol akan
    mengubah paras glukosa darah.

Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.

Senaman
Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis dengan diabetes jenis II mempunyai berat badan yang terlalu tinggi. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal dengan senaman yang konsisten. Senaman membolehkan insulin untuk bertindak dengan lebih baik dan mengekalkan badan yang cergas dan pesakit menjadi lebih sihat. Senaman yang ideal bagi pesakit kencing manis harus dirancang selepas berjumpa dengan doktor, supaya komplikasi seperti hipoglisemia (kurang gula darah) dapat dielakkan. Berundinglah dengan doktor yang merawat pesakit itu sebelum memulakan sebarang program senaman.

Insulin
Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Insulin mula dihasilkan untuk rawatan penyakit kencing manis pada tahun 1921. Pada masa itu, bentuk insulin yang ada cuma jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan dalam badan. Insulin ini dihasilkan daripada yis dan bakteria. Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut. Doktor akan menentukan jenis ubat yang perlu diambil. Sekiranya insulin diberikan, doktor akan merancang program rawatan yang khas untuk setiap pesakit. Pengkelasan insulin adalah berdasarkan:
v Masa mula tindak (ia berkaitan dengan kelajuan serapan insulin ke dalam aliran darah).
v Kesan puncak. Masa insulin mencapai kesan maksimum.
v Jangka masa tindak. Tempoh masa insulin bertindak.

Tablet anti-diabetes
Tablet ini tidak mengandungi insulin tetapi mengandungi ubat yang merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin, atau membantu sel untuk menggunakan insulin yang sedia ada dengan lebih berkesan. Selepas mula mengambil ubat, doktor harus diberitahu sekiranya terdapat sebarang kesan samping seperti serangan paras gula darah rendah, cirit-birit atau ruam. Terdapat beberapa kelas ubat anti-diabetes, iaitu:
v Sulfonilurea – ubat ini merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak
     insulin. Misalnya chlorpropamide, glibenclamide, glipizide.
v Ubat lain yang merangsang pengeluaran insulin – ubat ini seperti repaglinide
     merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin tetapi adalah terutamanya
     berkesan untuk mencegah paras glukosa yang tinggi selepas makan kerana ubat
     ini bertindak dengan cepat dan dimetabolismakan dengan cepat.
v Biguanid – ubat ini mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan juga
     menjadikan tisu lebih sensitif terhadap insulin, contohnya metformin.
v Thiazolidinedion – ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan
     gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisma
     karbohidrat. Misalnya, troglitazone, rosiglitazone
v Perencat alfa-glukosaidase – ubat ini mengurangkan penyerapan glukosa dalam
     usus kecil. Misalnya acarbose.

Hipoglisemia
Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana:
v Makan terlalu sedikit.
v Masa makan yang tidak tetap.
v Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
v Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu
     berat.
v Penyakit misalnya cirit-birit
Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.

Simptom
Simptom hipoglisemia adalah:
v Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru
v Mudah marah
v Pening
v Loya dan lemah
v Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
v Penglihatan yang kabur
Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin.

Komplikasi
Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah. Adakalanya, pengesanan awal adalah sukar kerana sesetengah komplikasi tidak mempunyai simptom yang nyata pada tahap awal.

Komplikasi Kesan akhir
Retinopati Penglihatan yang terjejas dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta. Neuropati Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kehilangan deria pada tangan dan kaki. Komplikasi mungkin memerlukan amputasi (pemotongan) kaki. Pergerakan salur pencernaan terganggu dan boleh menyebabkan cirit-birit dan/atau sembelit. Nefropati Penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian awal.Kecederaan salur darah besar Kecederaan ini boleh mengakibatkan serangan jantung, strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah. Adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Seseorang pesakit kencing manis boleh mengalami lebih daripada satu komplikasi sekiranya penyakitnya tidak dikawal untuk jangka masa yang lama.

Pengawalan paras glukosa darah
Dalam pesakit kencing manis, pemantauan berkala paras glukosa darah adalah penting, kerana ini akan menunjukkan sama ada rawatan adalah mencukupi atau perlu diperbetulkan.Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah. Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu. Ujian toleransi glukosa boleh dilakukan setelah mengukur paras glukosa darah selepas berpuasa. Ujian darah dilakukan 2 jam selepas meminum suatu larutan glukosa yang pekat. Dalam orang yang normal, terdapat peningkatan glukosa darah pada mulanya dan paras ini akan kembali menjadi normal dalam masa 2 jam. Dalam pesakit kencing manis, terdapat peningkatan yang tinggi pada mulanya dan paras ini kekal tinggi (11.1 mmol/L atau lebih) selepas 2 jam. Satu ujian lain yang boleh dilakukan ialah pengukuran HBA1c atau ‘ujian hemoglobin terglikosilat’. Ujian ini menunjukkan paras glukosa darah bagi 6 hingga 8 minggu sebelum ujian itu dilakukan. Ia memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis bagi tempoh masa yang lebih lama berbanding dengan paras glukosa darah yang hanya memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis pada masa ujian.

Pemantauan glukosa darah
Paras glukosa dalam badan boleh ditentukan melalui ujian air kencing. Walau bagaimanapun, ujian darah memberikan nilai yang lebih tepat. Paras glukosa darah boleh diuji di rumah dengan menggunakan meter glukosa darah yang mudah. Doktor atau ahli farmasi anda boleh dihubungi bagi mendapatkan nasihat mengenai jenis meter dan cara menggunakan meter tersebut. Ujian glukosa darah adalah sangat mudah. Pesakit kencing manis disyorkan untuk menguji darah mereka secara berkala 2-3 kali seminggu atau pada bila-bila masa pesakit mengalami simptom hipoglisemia. Bacaan harus direkodkan dan ditunjukkan kepada doktor semasa lawatan ke klinik yang seterusnya. Sekiranya pada bila-bila masa didapati bahawa bacaan adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah, pesakit harus berjumpa dengan doktor yang akan memberikan nasihat mengenai cara-cara untuk mengekalkan paras glukosa darah di dalam had normal dengan membetulkan ubat, diet atau program senaman.

Keperluan penjagaan diri pesakit kencing manis
Pesakit kencing manis perlu mengikuti diet yang dirancang khas dan program senaman serta mengambil ubat yang diberikan mengikut masa. Selain itu, disebabkan pesakit kencing manis mudah mendapat komplikasi tertentu, mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga. Tumpuan khas harus diberikan kepada kawasan yang paling bermasalah iaitu kulit, kaki, mata dan gigi.

Penjagaan kulit
Pesakit kencing manis perlu menjaga kulit mereka dengan baik kerana mereka mudah mendapat jangkitan kulit. Mereka haruslah sentiasa menjaga kebersihan kulit. Luka kecil atau calar sahaja pun perlu diberikan tumpuan segera dan dirujuk kepada doktor sekiranya tidak pulih. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:
v Gunakan agen pembersih yang bersifat asid, dengan pH 5.5. Ini memastikan fungsi
     perlindungan kulit yang semula jadi dikekalkan.
v Agen pembersih perlulah lembut, kerana agen pembersih yang kuat akan menyebabkan
     iritasi kulit.
v Gunakan air suam untuk mencuci.
v Agen pembersih yang beralkali haruslah dielakkan, terutamanya jika kulit adalah gatal atau
     terdapat inflamasi.
v Elakkan daripada menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menggalakkan jangkitan.
v Semasa mandi, berikan tumpuan kepada kawasan ketiak, kemaluan dan kelengkang,
     lipatan kulit dan kawasan di antara jari kaki.
v Selepas mandi, elakkan kekeringan kulit dan gunakan losen pelembap untuk mengekalkan
     kelembapan kulit.

Penjagaan kaki
Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka mungkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria di kawasan itu.
v Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan
     kaki dengan sempurna, khususnya kawasan di antara jari kaki.
v Bagi kekeringan kulit, pesakit kencing manis haruslah membubuhkan sedikit krim
     pelembap.
v Kuku jari kaki harus dipotong lurus untuk mengelakkan kecederaan kepada kulit.
v Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis haruslah memastikan
     bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum
     memakai kasut.
v Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser.
v Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plaster ketuat atau pembuang
     kalus (kulit tebal pada kaki) kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh 
     menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya boleh menyebabkan ulser.

Penjagaan mata
Penyakit mata seperti katarak, glaukoma dan kebutaan akibat retinopati adalah lebih kerap berlaku dalam pesakit kencing manis. Terdapat kejadian katarak yang lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis dan perkembangan penyakit adalah lebih cepat. Glaukoma, yang juga biasa berlaku pada pesakit kencing manis, harus didiagnos awal. Rawatan cepat dapat meminimakan kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan. Salah satu daripada penyebab utama kebutaan dalam pesakit kencing manis ialah retinopati. Semakin lama seseorang pesakit menghidapi penyakit kencing manis, dan terutamanya jika tidak dirawat dengan betul atau dikawal, risiko retinopati diabetik meningkat.

Pesakit kencing manis haruslah:-
v Pergi menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun.
v Memeriksa tekanan darah secara berkala.
v Berjumpa dengan pakar mata sekiranya terdapat sebarang masalah penglihatan.

Penjagaan dental (gigi)
Pesakit kencing manis harus berjumpa dengan doktor gigi sekali setiap enam bulan. Sebarang luka atau lesi dalam mulut termasuklah penyakit gusi harus dikenalpasti dan rawatan harus diberi dengan cepat. Sebaik sahaja seseorang didapati menghidapi penyakit kencing manis, dia seharusnya mengubah gaya hidupnya dan lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan dirinya.

PENYAKIT BUASIR

Adakah Anda Sedang Mengalami Masalah-masalah Seperti Berikut?
  • Selalu rasa sakit ketika membuang air besar & najis terlalu keras?
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut di bahagian dubur?
  • Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar?
  • Darah berwarna merah cair menitis atau tersembur keluar dari saluran dubur?
  • Rasa gatal, panas dan tidak selesa pada lubang dubur?
  • Rasa tidak selesa pada bahagian dubur semasa berdiri dan mencangkung?
  • Ada benjolan terkeluar semasa mencangkung?
(Jika YA jawapan anda, anda sememangnya berada di laman web yang betul. Teruskan membaca…)

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita kenali secara dekat apakah penyakit buasir?
Apakah Penyakit Buasir?
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran dan di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


Jenis-jenis Buasir

1) Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi proses meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2) Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memeri dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


Punca Penyakit Buasir
Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasirialah:
  • Tekanan (pressure)  : Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama : Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
  • Masalah sembelit : Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
  • Berat badan berlebihan : Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
  • Mengandung : Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

PENYAKIT BATU KARANG

Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang

Pengenalan : Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)

Apa dia Batu karang dalam Ginjal? 

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 



Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ? 

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. 

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. 

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda. 



Apakah tanda-tandanya ? 

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 



Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ? 

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. 

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. 

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

GASTRIK / ANGIN PERUT


Ulser peptic ditakrifkan sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulcer) ataupun perut (dipanggil gastric ulcer). Ulser ini selalunya benign (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).

Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini?
Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.
Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori (lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.

Apakah faktor yang mempengaruhi penyakit ini?
Antara faktor-faktor  yang perlu diperhatikan ialah:
bullet
pengambil ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.
bullet
orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain.
bullet
penyakit tertentu seperti Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome
bullet
hal-hal yang berkaitan dengan reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.
bullet
orang yang berdarah jenis A.
bullet
pengambilan kafein dan alkohol berlebihan.
bullet
perokok.
bullet
pemakanan yang tidak terurus.
bullet
stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.

Tanda-tanda
Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:
bullet
sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut
bullet
rasa pening kepala.
bullet
mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
bullet
muntah.
bullet
badan rasa lemah lesu.
bullet
berat badan menurun.
bullet
najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah).

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
Langkah-langkah untuk melegakan penyakit ulser perut ini termasuklah:
bullet
makan yang kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.
bullet
rehat yang lebih.
bullet
jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser (sila rujuk di atas).
bullet
pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.
bullet
ambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut.
bullet
tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan.
bullet
pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.

Ubat-ubat yang boleh diambil
Antara ubat yang selalu diberikan untuk melegakan gastrik ialah :
bullet
antacids. Ubat-ubat ini melawan asid (anti-asid). Antara jenama terkemuka ialah seperti Actal, Gelusil, Mylanta, dsb. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet yang dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang selalu diberikan sekiranya anda mengambil ubat-ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini boleh menghalang berlakunya gastrik.
bullet
H2receptor antagonists seperti Zantac (Ranitidine), Tagamet (Cimetidine), Axid (Nizatidine) dan Pepcidine (Famotidine) - dalam kurungan adalah bahan aktifnya. 
bullet
proton pump inhibitors seperti Losec (Omeprazole) dan Lansoprazole.
bullet
prostaglandin analogues seperti Cytotec (Misoprostol).
bullet
ubat-ubat terbaru untuk merawat ulser ini adalah bertujuan untuk membunuh H. pylori. Pengambilannya hendaklah diteruskan selama satu hingga dua minggu. Antara rawatan yang popular ialah pengambilan Losec (Omeprazole) bersama-sama dengan Clarithromycin dan Metronidazole selama dua minggu. Ketiga-tiga ubat ini diambil sekali.

Ulser didapati sering berulang-ulang terutama sekiranya H.pylori tidak dibunuh. Dalam erti kata lain, pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H. pylori adalah sebagai langkah yang berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh bakteria H. pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas itu.

Kajian terkini mendapati ada kaitan antara H. pylori dengan kejadian kanser perut. Di Colombia dan China, di mana kehadiran H. pylori dalam usus adalah biasa, peratusan yang menghidapi kanser perut adalah tinggi.

H. pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan).
Sekiranya ulser tidak dikawal ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi:

bullet
haemorrhage iaitu pendarahan dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak darah. Pesakit juga mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka.
bullet
lubang akan terbentuk di dalam lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peritonitis dan memerlukan pembedahan segera.
bullet
perjalanan makanan dalam usus boleh terhalang bila terdapat parut hasil daripada ulser tersebut. Ini menyebabkan pesakit muntah dan boleh menurunkan berat badan.